- Kepada kawan-----KESETIAAN
- Kepada musuh-----KEMAAFAN(tapi kalau berhutang rm yg beribu-ribu tu masih tak jelaskan,,susah sikit nak maafkan)
- Kepada ketua-----KHIDMAT
- Kepada yg muda-----CONTOH TERBAIK
- Kepada yg tua-----HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN
- Kepada pasangan-----CINTA DAN KETAATAN
- Kepada manusia-----KEBEBASAN
HADIAH TERBAIK
Dicatat oleh
Ani
/ 10:06 AM /
KATA-KATA HIKMAH
Dicatat oleh
Ani
/ 9:32 AM /
Kata-kata hikmah yang saya dapat dari internet yang dapat kongsi bersama-sama.
- Setiap perkara yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu dlm sebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan.Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.
- Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yg kita miliki, tetapi kita sering ingat apa yg orang lain ada.
- Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
- Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yg ada hanyalah percubaan ,cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yg kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ilahi.
- Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kanyataan.
TAHUN 2010
Dicatat oleh
Ani
/ 9:56 PM /
Assalamualaikum kepada sesiapa saja yang sudi jengah ke blog saya....
Selamat Menyambut Tahun Baru-Awal Muharam 1431H
Dicatat oleh
Ani
/ 9:27 AM /
Semoga kita akan sentiasa didalam lindungan ALLAH s.w.t .
Pertamanya marilah kita sama-sama panjatkan penuh kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga nikmat kesihatan & kesejahteran yang telah dianugerahkan kepada kita semua . Tidak lupa juga salam selamat & sejehtera ke atas junjungan Nabi Muhammad s.w.t yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita.
TELUR MANFAAT ATAU MUDARAT
Dicatat oleh
Ani
/ 10:44 AM /
Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan suatu makanan yang tidak sihat.Sebenarnya,telur merupakan salah satu daripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh kita.Selain itu,telur yang menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya kerana mudah disediakan.Telur boleh dimakan secara mentah atau separuh masak.Telur merupakan sumber protein yang terbaik kerana mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia,mudah dicerna dan di serap oleh tubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita.Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukan telur ayam bukanlah punca sebenar panyakit koronari jantung.Salah satu kajian dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan telur dengan penyakit jantung.Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yang mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari .Hasilnya,tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.
TAUBAT NASUHA
Dicatat oleh
Ani
/ 10:15 AM /
BERTAUBAT NASUHA ITU ADALAH:
-Menyesal atas dosa-dosa yang telah lalu
-Mengulang atau mengerjakan yang perlu
-Mengembalikan hak orang yang diambil tanpa
izinnya dan meminta maaf kepada orang yang
pernah kita umpat.
-Bercita-cita untuk tidak kembali berbuat dosa.
-Membiasakan diri taat/patuh mengikut
perintah Allah (SWT).
-Merasai rasa pahit taat sebagaimana merasai rasa manis taat.
MAKANAN PEDAS PUNCA MAKAN BANYAK
Dicatat oleh
Ani
/ 10:06 AM /
Makanan yang pedas sememangnya sedap,setiap kali memakan makanan pedas,kita pasti akan mengambil dalam jumlah yang banyak.Bagi kita yang ingin menurunkan berat badan,bolehlah menukar menu makanan kita seperti ayam dan daging kepada sayur yang dimasak pedas.Dengan cara ini, biarpun kita mengambil dalam kuantiti yang banyak,namun kalori yang terkandung dalam menu kita itu tetap sedikit.Walau bagaimanapun,pastikan kita mengurangkan pengambilan makanan pedas yang kerap kerana boleh mendatangkan penyakit yang tidak diingini seperti buasir...."lu pikirlah sendiri"kata nabil
