Kata-kata hikmah yang saya dapat dari internet yang dapat kongsi bersama-sama.
- Setiap perkara yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu dlm sebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan.Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.
- Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yg kita miliki, tetapi kita sering ingat apa yg orang lain ada.
- Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
- Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yg ada hanyalah percubaan ,cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yg kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ilahi.
- Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kanyataan.