10 jenis syaitan+1=10
Dicatat oleh
Ani
/ 10:25 AM /
1.Zalittun
Duduk di pasar/kedai,supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg tidak perlu.
2.Wathiin
Pergi kepada orang yg dapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3.A'awan
Menghasut sultan/raja pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4.Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol.Suka menghampiri orang yg berada di tempat-tempat maksiat(disko,kelab malam & tempat yg ada minuman keras).
5.Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah.Meraka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6.Masuud
Duduk dibibir manusia supaya melahirkan fitnah,gosip,umpatan atau apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7.Daasim (berilan salam sebelum masuk kerumah)
Duduk di pinta rumah kita.Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Dassim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami & isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan, menuntut cerai,anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8.Walahaan
Menimbul rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain,
9.Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yg menyembah api/matahari.
***10.Isetan
Sebuah pasaraya terkemuka di seluruh duniawi,terdapat di Lembah Kelang,Singapura,Beijing & kebaikan: Memberi potongan harga pada karnival jualan .Keburukan:Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa lakinya yg tunggu dalam kereta.
sumber dari:www.tranungkite.net